Dear clay crafted blogger

Note: Almost all of these picture are not mine, I'm just copy paste from other ... hope 'others' don't mine to let your picture be in here. it just to separate the beauty of your creation to more others CP craft lovers to enjoy the amazing creation of yours. If the owner refuse and not happy with these, please let me know and I'll remove it. thank you, and your CP craft is really stunning , really awesome.

Thursday, 5 May 2011

AL Fatihah untuk Nor

Assalam...
3 minggu lepas Kawan baik ssangat Yana meninggal dunia...masuk paper muka depan tuh!!!, dalam kesibukan yana pun balik ziarah... on the way.. dok fikir fikir (tak naknya.... nak buat mata ni tengok jenazah Nor) tak sanggup, tak sanggup nak ingat dia dalan gambaran terbujur kaku dalam kain putih.. terus tak der mood nak update blog ni... Lepas tu, Yana dah demam sampai sekarang on / off , sedih sangat ler... pernah kerja,makan,tidoq famili dia macam famili yana, famili yana macam famili dia. Memang itu ketentuan ALLAH yana redo... tapi dia mati kenan bunuh ngan perompak.. tak tau ler apa motifnya, kalau nak rompak jgn ler sampai nak bunuh orang yang tak berdosa tu... dia baik sangat.. Nor yang ajaq Yana erti Keikhlasan bila nolong orang.... jangan harap balasan... sama sama cuci surau yang kotor dan bersepah yang memang dia suka...

pernah satu hari tu..... kami p umah orang tua miskin tah siapa siapa. saje saje nak tanya khabar dan tanya apa dia perlu yang leh kami tlong, Yana ikut jer.. semua rancangan Arwah, selepas hari hari on the way g kerja kami nampak orang tua ni sorang sorang dok bertenggek kat pondok buruk tepi jalan sunyi tu. Masa tu terdetik kat ati... Ya ALLAH! ada nya, orang baik macam arwah.. semenjak berkawan ngan dia aku pun berazam nak jd baik.... baik yang luar biasa...

satu lagi yang aku tak leh lupa, kalau cerita apa pun kat dia... dia sentiasa beranggapan baik dan cerita negatif leh jd positif. aku ada cerita ada orang kena tangkap mencuri, dah ada bukti dia curi... jahatnya orang tu. tapi bg pandangan dia, orang tu tak jahat,, dia kata mungkin dia susah, anak ramai nak makan tak der jadi dia mencuri... kita patut tolong orang tu. semua yang negatif jd positif... sentiasa ceria tu la sifatnya... knapala leh pi bunuh orang sebaik tu, semakin kurang ler................ dunia ni orang yg baik baik baik yg luar biasa baik cam tu.
sayangnya .. Yana kat dia.

Dia pun sebenarnya baru datang KL dan ZIarah yana, 2 minggu sblum dia balik pas tu dibunuh.. masih segar lagi muka ceria dia kat kepala ni. katanya nak beli umah di Kl.. sebab nak ikut hubby dia tinggal kat sini... tapi nak umah kecik jer, tak nak umah besar besar.... masa tu Yana tak paham maksud dia nak umah kecik. Semoga Pembunuh tu dapat di tangkap dan Bertaubat, menyesal, dan agar dia benar benar mendoakan kebahagiaan Nor kat sana, agar ALLAH dapat mengampunkan dosanya serta dosa Nor.....

AZIDA aku pun benar benar menghargai persahabatan di antara kita ni... Aku rasa persahabatan yang kita jalinkan ini, bukan lagi persahabatan yang biasa..... Nor dan ang adalah keluarga aku dunia akhirat.....